Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.
Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:
LAKSA JOHOR
Laksa Johor sering disebut-sebut sebagai makanan tradisi sekaligus menjadi makanan identiti bagi Negeri Johor. Kuahnya pekat berasaskan isi ikan yang dimasak bersama rempah ratus, santan, kerisik dan lain-lain. Ia berbeza dengan laksa Penang kerana dihidang bersama spaghetti, campuran taugeh mentah, bawang mentah, hirisan bunga kantan mentah, daun kesum, daun selasih, timun, lobak masin dan sambal belacan yang menjadikan laksa Johor suatu hidangan yang rumit untuk disediakan
MEE BANDUNG
Kalau dengar dari nama mesti korang pikir ia berasal dari Bandungkan dan kalau betollah itu yang korang pikir, korang salah…Sebenarnya bandung itu membawa maksud aneka bahan yang dicampurkan dari pelbagai rencah. Mee Bandung ini berasal dari Muar.
MEE REBUS
Mee Rebus nie adalah makanan kegemaran keluarga saya..setiap kali raya mesti kene masak mee rebus….Menu wajib ada..hehe.. Kuah mee rebus Johor dicampur dengan pelbagai ramuan seperti ubi keledek atau kentang, udang, rempah ratus, air rebusan dan lain-lain. Semua ramuan ini dimasak untuk menghasilkan kuah sederhana pekat dan dihidangkan bersama mee, taugeh, telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan keropok..
SOTO
Soto nie cukup terkenal di Johor. Selain dimasak untuk majlis-majlis tak kiralah untuk majlis ape pun, ia juga sering dimasak untuk dijadikan sebagai sarapan pagi. Soto nie akan jadi lebih sedap kalau dihidangkan bersama-sama dengan bergedil daging
NASI AMBENG
Makanan Johor banyak dipengaruhi dengan cara masakan jawa seperti nasi ambeng, lontong dan juga ungkep. Keunikan nasi ambeng adalah dari segi cara ianya dihidangkan. Biasanya ia dihidang di dalam talam untuk dimakan bersama empat orang. Nasi ambeng biasanya di hidang bersama mee goreng, ayam ataupun ikan, sambal goreng, serunding kelapa, sayur goreng campur dan juga ikan kering…sedapnya memang tak boleh nak cakap ape lagi lah….hahaha..